Monday, July 23, 2012

Emak kita...

Sejak dulu,

Tiap kali Hari Raya menjelma,

Mak akan masak banyak sangat lauk pauk, sedap sangat-sangat...

Ada rendang,ayam masak merah,ayam masak kari, ayam masak kurma,sup kambing,sup lembu, lodeh, ketupat, kuah kacang & macam2 lagi..

Banyakkan?

Ada yang kata membazir, tapi bagi mak itu perkara biasa untuk meraikan kami adik beradik yang seramai 9 orang ramainya berkumpul dirumah tatkala raya menjelma.

Kami adik beradik sangat kagum dengan kemahiran mak memasak dengan pantas & sedap!

Anak mana yang dapat menafikan air tangan ibu air tangan yg terbaik, kan?

Tapi, dari tahun ke tahun mak mula mengadu keletihan, & kami nampak bertapa mak bersusah payah untuk menyediakan setiap lauk pauk bila raya menjelma..

"MAK LETIH NAK"

Sayu hati kami adik beradik..

Tapi, dalam keletihan, mak tetap meneruskan kesetiaannya terhadap masakan untuk anak2..

Tika ini, bila memasak untuk juadah bebuka, kelihatan mak tidak lagi segagah dahulu, peluh keringat & goyangan badan menyaksikan diri emak tidak segagah hatinya seperti dahulu.

Ubat-ubatan menjadi ulaman emak tika ini.
&
Sekali lagi bila mak berkata

"ENTAH RAYA KALI NI, LARAT ATAU TAK MAK MEMASAK LAGI"

Mak...sudahla, jangan dipaksa diri

Raya kali ini cukupla sekadar kita sekeluarga Sihat walafiaat sambil di redhai oleh-Nya..



20 comments:

faizal mohd said...

sedih la. moga mak kau sentiasa sihat.

blog-tips-kurus said...

giliran anda jaga mak tau... moga beliau ceria selalu. :-)

FYA PELANG! said...

:) takpe, jom masak same2. hehe :P

slumberdek said...

apa susah johan mak kamu tak sihat kamu la yang masak untuk dia pula.

DanieL AdiE said...

Jaga Mak baik-baik..
tolong mak mane yang patut..
yang paling penting, jaga emosi, perasaan beliau...

tirahzairi said...

semoga mak sentiasa sihat...amin...

#lme xnmpk...sehat? slmt berpuasa#

Hidayah Bach said...

adoi...
udah la first time singgah follow sini..
baca entry touching cam gini pulak..
isk..iskk..
sedih la..terasa kat hati.
serius entry nih sgt mendalam la..

Nurul Iman Rosman said...

assalamualaikum mak, eh?

heee :D

Edy Fee said...

teteiba aku rindu mak aku.huhu air tagan mak kompom la special

Ety said...

sebab tu la, bila bulan puasa dan raya, para ibu akan jadi insan paling byk berkorban, untuk family. mereka jadi superwoman :)

psst : kita sebagai anak, jagalah mak kita dgn sebaiknya. jadi anak mithali

first time masuk sini, entry first yg dibaca pun, menarik. nice :)

eton said...

humm ibu.....

LidiaSuraya said...

giliran anda pula memasak raya ini.. ehhhh... apa pun berkumpul as 1 family lelagi adik beradik reramai nie cukup sudah mengumbirakan hati emak

hawiz said...

insyaALLAH..Moga mak ko sembuh..

aswadz said...

mak, x yah msk ar. kita beli kat bazaar je...

Zac Rega said...

Mendoakan kesihatan mak abg johan :')

Edy Fee said...

mlawat lg

iman nasuha said...

mudah2 mak johan sihat.. amin~~

Awie Omar said...

Salam Ramadhan dari awieomar.blogspot. Baru follow sini. Dengan ikhlas hati nak menjemput anda untuk sertai game top "BLOGGER" musim 3. Segala yang berkaitan pasal game untuk musim 1 & 2 boleh tinjau kat blog. Senang je caranya nak sertai game ni. Tak perlu buat apa apa entri. Hanya follow blog "Awie Omar" dan komen di mana mana entri dengan menyatakan "SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE". Ganjaran wang tunai akan diberikan kepada johan. Harap sudi la sertai :)

Anonymous said...

semoga mak kembali sehat..msakan mak adalah yg terbaikkan

محمد رازيق said...

moga mak anda kembali sihat. amin. selamat hari raya bro.